Hanya tinggal beberapa hari lagi  kita bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke-55 iaitu pada 31 ogos 2012. Sepanjang 55 tahun negara kita merdeka, kita telah dilimpahi dengan nikmat kebebasan, keamanan dan perpaduan di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Dengan nikmat kemerdekaan yang telah kita kecapi hari ini, kita telah berjaya memajukan negara dan menempa pelbagai bentuk kejayaan sebagai 
sebuah bangsa yang merdeka. Sempena dengan 
sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, warga 
SK Lanai mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-55 dan marilah kita bersama-sama merafakkansyukur di atas segala nikmat kemerdekaan yang telah dianugerahkan kepada kita selama ini dan semoga apa yang kita telah kecapi hari ini akan terus berkekalan. Amin....
MERDEKA !!!
Monday 27 August 2012 | 1 comments |
Salam Aidil Fitri 1433 H
untuk seluruh warga SK Lanai.
Maaf Zahir dan Batin
Thursday 23 August 2012 | 0 comments |