Matlamat Kurikulum

Menyediakan murid dengan iklim pembelajaran yang  kondusif berpandukan sukatan pelajaran yang terkini agar murid memperoleh hasil pembelajaran semaksima mungkin ketika berada di dalam bilik darjah  untuk mencapai kecemerlangan jasmani, emosi, rohani, intelektual dan mampu melahirkan murid bersedia untuk menghadapi peperiksaan.



Objektif Sekolah

v  Penyedian iklim pembelajaran secara kondusif
v  Melahirkan murid yang menepati nilai-nilai FPN
v  Pengembangan potensi pelajar secara holistik dalam bidang kokurikulum.


 Falsafah dan Nilai

Setiap warga SK Lanai bertanggungjawab mengamalkan  BUDAYA berikut ;
1. Menepati masa
2. Berbudi Bahasa
3. Budaya Ilmu
4. Budaya Ucap Terima Kasih
5. Budaya Penyayang
6. Budaya Kerja Beretika

Piagam Pelanggan
                       
Dalam usaha menjadikan Sekolah Kebangsaan Lanai terbaik dan dinamik, kami dengan tekad dan iltizam berikrar menyempurnakan hak-hak pelanggan kami seperti berikut :

Kepada Pelajar
Menghasilkan murid yang cemerlang dan berakhlak mulia.
Menyediakan iklim sekolah yang kondusif bagi merangsang pembelajaran.
memberi peluang kepada semua pelajar mengembangkan bakat dan potensi dalam aktiviti kokurikulum.

Kepada Kakitangan Sekolah
Memastikan semua guru mendapt kemudahan terbaik bagi menghasilkan kejayaan yang berkualiti.
Menyediakan kemudahan secukupnya kepada kakitangan bagi menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan.

Kepada Ibu Bapa / Penjaga
Memastikan semua ibu bapa / penjaga mendapat perkhidmatan berkualiti dan mesra semasa berurusan dengan pihak SK Lanai, Kuala Lipis.

Kepada Komuniti
Melibatkan masyarakat dalam  meningkatkan prestasi SK Lanai, Kuala Lipis.

Kepada Negara :

Melahirkan warganegara yang cergas, berilmu, bertaqwa, berakhlak mulia, kreatif dan inovatif, berketerampilan, celik IT serta berupaya memberi sumbangan untuk kemakmuran negara.
 


| 0 comments |

0 comments:

Post a Comment