Daerah Lipis mempunyai enam buah sekolah yang majoritinya menempatkan pelajar orang asli iaitu Sekolah Kebangsaan Lanai, Sekolah Kebangsaan Betau, Sekolah Kebangsaan Titom, Sekolah Kebangsaan Lenjang, Sekolah Kebangsaan Kuala Koyan dan Sekolah Kebangsaan Sinderut.  Sekolah Kebangsaan Lanai merupakan sekolah angkat bagi Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan (IPGTAA) kampus Lipis bagi melaksanakan setiap kegiatan program penyelidikan dan kemasyarakatan. Sekolah ini juga mendapat khidmat nasihat dan bantuan  daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

     Sekolah Kebangsaan Lanai yang terletak dalam daerah Lipis, Pahang ini merupakan sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar orang asli dari suku kaum Semai. Sekolah Kebangsaan Lanai merupakan sebuah sekolah yang terletak dalam parlimen Cameron Highlands dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Jelai. Jalan perhubungan utama terkini untuk ke lokasi kajian ini adalah menggunakan jalanraya dan suatu ketika dahulu terpaksa meredah hutan belantara dan sungai-sungai kecil.  Daerah Lipis mempunyai lima puluh empat buah sekolah rendah yang terdiri daripada sekolah kebangsaan (SK) , sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC),  sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) serta sekolah pelajar asli.

     Sebelum ini, Pos Lanai lebih dikenali dengan nama Pos Dicson. Nama “Dickson” diambil sempena nama seorang pegawai tentera British yang ditugaskan di kawasan berkenaan. Selepas itu, nama Pos Dicson akhirnya ditukarkan kepada Pos Lanai. Pada awal era 70-an, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah mengambil inisiatif mewujudkan sebuah sekolah bagi pendidikan awal kanak-kanak untuk tahap satu sahaja..Pada peringkat awal, sekolah ini diuruskan oleh JHEOA. Setelah hampir 25 tahun berlalu, menjelang Disember 1995 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambilalih operasi sekolah sehingga sekarang.

     Pada Mei 2003, Sekolah Kebangsaan Lanai telah berpindah ke lokasi baru yang terletak di Kampung Pantos iaitu kira-kira dua jam perjalanan dari lokasi asal di KAmpung Lanai. Semua murid dari Tahun 1 sehinggga ke Tahun 6 diwajibkan tinggal di asrama sekolah bagi mengatasi masalah ponteng sekolah.Lebih daripada 50 peratus murid adalah beragama Islam.Sebelum Tahun 2008, laluan pengangkutan utama ke sekolah adalah melalui pengangkutan darat  dan air. Walau bagaimanapun, jalanraya hanya boleh dilalui dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda menyusuri jalan balak.Pada tahun 2008, kerajaan telah menyiapkan laluan bertar dari Kuala Medang ke Sekolah Kebangsaan Lanai (SKL).Namun ianya dijangka siap seenuhnya menjelang tahun 2010.Sumber bekalan air bersih diambil dari punca bukit manakala bekalan elektrik dijana oleh generator diesel dan panel solar.

   Dalam bulan April 2012, kerajaan telah membekalkan bekalan elektrik 24 jam ke SKL, Dengan kemudahan ini, pihak sekolah dan murid-murid dapat belajar dan bekerja dengan keadaan yang lebih selesa dan produktif. Kerjasama yang semakin erat antara pihak sekolah dengan PIBG merancakkan lagi kejayaan program-program bersama yang telah dan sedang dirancangkan.

     Sekolah Kebangsaan Lanai mempunyai seramai dua ratus lima puluh orang pelajar dengan tenaga pengajar pula seramai lima belas orang guru yang kesemuanya merupakan guru-guru terlatih. Kesemua pelajar yang belajar di sini tinggal di asrama yang disediakan. Para pelajar ini tinggal di kampong-kampung berdekatan seperti Kampung Serau, Kampung Nyentil, Kampung Lanai, Kampung Pantos dan Kampung Harong.

     Sejajar dengan visi dan misi sekolah, diharapkan pada masa hadapan agar SKL boleh menjadi pemangkin kepada perubahan satus sosial masyarakat asli di sini khususnya dan negara amnya standing dengan masyarakat luar selaras dengan Pelan Pendidikan Malaysia (PPM)  2013 -2025.

LENCANA SK LANAI





Warna :
  
1.      Hijau                   –     melambangkan agama Islam agama perpaduan dan warna identiti sekolah 
2.      Putih                   –      melambangkan kebersihan yang menjadi amalan warga SK Lanai 
3.      Hitam dan Putih  –      melambangkan bendera Negeri Pahang 
4.      Kuning               –      melambangkan warna diraja.

Objek : 

1.      Gelung          –    melambangkan perpaduan antara kaum 
2.      Gading         –    melahirkan pelajar yang berkualiti dan juga merupakan simbol Negeri Pahang 
3.      Tahun 1995  –    Pengambilalihan SK Lanai oleh KPM daripada JHEOA 
 
 Lagu Sekolah Kebangsaan Lanai :

                                                                               ( Berilmu Dan Berjasa )


Sekolah Kebangsaan Lanai
Mendukung cita dan harapan
 Ini persada menimba ilmu
Bagi mencapai cita maju

Mendukung harapan yang murni
Bersama kita mengharungi
Apa cabaran kami tempuhi
Dengan semangat yang berani

Berilmu…. Berjasa
Intelek rohani dan jasmani
Agar hidup penuh bererti
Menjadi warga berdikari

Harapan dari ibu bapa
Ajaran guru jangan lupa
Kami berusaha ke mercu tanda
Cemerlang dengan kejayaan
Berilmu …. Berjasa
Berilmu dan Berjasa....

                                                                           
 Moto SK Lanai

''Berilmu Dan Berjasa''

Moto ini dipilih kerana setiap institusi pendidikan dan insan mengutamakan ilmu agar hidup kita mencapai kejayaan yang gemilang dan seterusnya hidup lebih berjaya di dunia mahupun akhirat.

Visi SK Lanai

Sekolah Lanai kea rah sekolah cemerlang dalam kalangan  sekolah  asli
Daerah Lipis menjelang 2017
                       
Misi SK Lanai

Memberi pendidikan berkualiti  kepada para pelajar  berlandaskan kepada  Falsafah Pendidikan Negara untuk mencapai aspirasi pendidikan bertaraf dunia
| 0 comments |

0 comments:

Post a Comment