Hanya tinggal beberapa hari lagi kita bakal menyambut ulang
tahun kemerdekaan kali ke-55 iaitu pada 31 ogos 2012. Sepanjang 55 tahun negara kita
merdeka, kita telah dilimpahi dengan nikmat kebebasan, keamanan
dan perpaduan di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama. Dengan nikmat kemerdekaan yang telah kita kecapi hari ini, kita telah berjaya memajukan negara
dan menempa pelbagai bentuk kejayaan sebagai
sebuah bangsa yang merdeka.
Sempena dengan
sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, warga
SK Lanai mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-55 dan marilah kita
bersama-sama merafakkansyukur di atas segala nikmat kemerdekaan yang
telah dianugerahkan kepada kita selama ini dan semoga apa yang kita telah kecapi hari ini akan terus berkekalan. Amin....
MERDEKA !!!